Mungkin ramai di antara kita yang ingin belajar Photoshop. Tetapi mungkin disebabkan harga kursus untuk perisian-perisian grafik seperti agak mahal, jadi niat kita mungkin terbantut.
Jangan risau kerana dengan pengalaman yang saya ada, saya ingin berkongsi ilmu in dengan anda semua. Dan semua penerangan adalah dalam Bahasa Melayu.
Baiklah. Jika anda semua telah bersedia, mari kita lihat apakah sebenarnya perisian ini dan bagaimana harus kita memulakan menggunakannya.
Apakah Photoshop?
Photoshop merupakan perisian yang digunakan untuk mengedit gambar. Ini adalah kegunaan utama Photoshop. Contohnya gambar yang kita ambil dari internet, kamera mahupun yang kita scan.
Bagaimana Photoshop mengedit?
Sebagai contoh: jika gambar-gambar tadi mempunyai masalah dari segi pencahayaan, kita boleh gunakan Photoshop untuk menukar pencahayaan gambar tadi kepada yang lebih baik. Ataupun warna pada gambar tadi kurang menarik kita boleh perbetulkan atau jadikan warna nya lebih menarik atau lebih asli.
Selain dari itu dengan adanya banyak "Filter" atau kesan-kesan khas yang menarik dalam Photoshop ia menjanjikan hasil terakhir yang menakjubkan. Cuma yang penting di sini ialah bagaimana seharusnya kita menggunakan kreativiti yang ada pada kita.
Selain dari itu Photoshop juga boleh digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk laman web - Contohnya : Gif animation, banner, Butang(button), Latarbelakang (background)
Format Fail
Format asal Photoshop ialah PSD. Biasanya format ini adalah format yang kita gunakan untuk menyimpan kerja-kerja Photoshop yang masih boleh di edit (mempunyai 'Layers' Saya akan terangkan apakah Layers nanti)
Tetapi format yang kita gunakan setelah sempurna kerja kita dalam Photoshop adalah seperti berikut :
Format jpeg, gif - biasanya kita gunakan bagi fail-fail yang akan kita gunakan di Web. Fail bersaiz agak kecil sesuai untuk dilayari di web.
Format TIFF - Ini adalah format yang paling baik digunakan untuk kerja-kerja percetakan. Fail bersaiz besar
MEMULAKAN KERJA DALAM PHOTOSHOP
Perkara paling penting yang perlu difahami dalam Photoshop :
1. Penggunaan LAYER
2. Penggunaan SELECTION - Marquee, Lasso, Magic Wand, Quick Mask
3. Penetapan RESOLUTION yang betul
Baiklah, mari kita mulakan tutorial kita. Saya akan menggunakan PHOTOSHOP CS3.
Nota: Tidak terlalu banyak perbezaan jika anda menggunakan versi yang lain, samada CS, CS2 amhupun versi 7.0.
Di bawah ini adalah paparan yang akan kita lihat setelah kita membuka/melancarkan program Photoshop.

1. Memulakan membuka dokumen dengan arahan berikut : File ----> New atau tekan Ctrl + N dan kita akan dapat paparan seperti berikut:

1. Anda perlu memasukkan saiz tapak kerja atau dokumen : WIDTH (Lebar) dan HEIGHT (Tinggi) atau boleh pilih dari PRESET jika ada.
2. Kemudian masukkan resolution yang sesuai. (Saranan: jika untuk kerja-kerja Web/Presentation/Video gunakan resolution yang rendah sudah mencukupi - 72 atau 76, manakala jika untuk kerja-kerja percetakan gunakan resolution bermula dari 150 dan ke atas. Semakin tinggi resolution semakin cantik hasilnya bagi kerja percetakan (Seperti untuk poster, risalah dll))
3. Pilih Color mode yang betul :
RGB untuk kerja-kerja Web dan Presentation/Video
CMYK untuk kerja-kerja percetakan
4. Untuk Background Content sentiasa pilih Transparent lebih fleksibel.
5. Klik OK

Ini adalah langkah pertama untuk memulakan kerja dalam Photoshop.
Akan bersambung.......Jumpa lagi
Wassalam.